Saturday, 18 January 2020

CARA BERMAIN DAM HAJI

Permainan dam atau dam haji juga dipanggil dam aji diminati di kalangan masyarakat Melayu. Permainan tradisional ini dimainkan secara satu lawan satu. Terdapat dua jenis permainan dam yang popular iaitu dam haji dan haji terbang.

Alatan diperlukan untuk kedua-dua permainan ini adalah papan dam dan juga buah dam. Papan dam berbentuk empat segi sama dilukis di atas kertas atau dibuat lorekan terus di atas sekeping papan. Terdapat 64 petak empat segi sama kesemuanya.

Buah dam pula terdiri daripada penutup botol, kulit kepah, serpihan bata atap yang kecil ataupun kulit etak. Setiap pemain memerlukan 12 biji buah yang sama dari segi bentuk atau warna. Buah itu mesti berbeza dengan lawan sama ada dari segi warna atau bentuk  

Sebelum memulakan permainan, undian secara wan to som perlu dilakukan bagi penentuan giliran pemain. Pemain yang memenangi undian akan memulakan permainan terlebih dahulu.

Permainan ini dimainkan dengan cara menggerakkan buah dam setapak ke hadapan iaitu secara mengiring sama ada ke kiri-depan atau ke kanan-depan. Pemain tidak dibenarkan menggerakkan buah miliknya ke belakang.

Pemain memegang permainan boleh 'makan' buah lawan jika berada berhampiran buah lawan dan ada petak kosong di hadapan untuk dia 'melompat'.

Permainan berterusan sehingga buah mana-mana pemain habis dimakan oleh lawan atau ada pihak mengaku kalah.

Dalam permainan dam haji memang penting untuk menjadikan buah sebagai haji. Semua buah boleh mendapat haji apabila tiba di hujung papan lawan (baris 8 bagi Hitam dan baris 1 bagi Putih). Namun realitinya hanya 2 atau 3 buah dapat naik haji dalam setiap permainan.

Buah biasa dengan buah haji banyak bezanya. Buah haji boleh bergerak ke belakang, dan boleh bergerak banyak petak. Pendek kata, buah haji sangat berkuasa. Di akhir permainan, buah haji juga berupaya mengawal satu baris papan, menghalang mana-mana buah lawan untuk melintas.

Cara terbaik mendapat haji ialah dengan menggunakan dua buah yang bekerja bersama-sama di tepi petak. Ada kalanya, umpan juga diperlukan untuk memecah 'kubu' lawan.

Bagaimanapun, kelebihan haji cuma setakat kemahiran pemain. Buah haji boleh diperangkap dan dimakan lawan sekiranya tidak berhati-hati.

Cara terbaik melawan haji ialah dengan mendapat haji sendiri. Jika lawan mendapat haji awal sekalipun, pemain patut akan tetap mendapat haji sekiranya dia memiliki sekurang-kurangnya satu buah di kedua-dua petak tepi bahagian lawan.

Dengan cara ini lawan terpaksa memilih buah mana hendak dimakannya, membenarkan satu lagi buah naik haji.

Bermain dam haji memang menyeronakkan dan menguji minda mengatur strategi. Namun, buruknya jika masa bermain terlalu lama sehingga mengganggu tugas seharian. Bermainlah untuk satu atau dua permainan sahaja.

2 comments:

  1. NURUL SHAFIKAH BINTI HASSAN

    ReplyDelete
  2. ⚫🟑 Peminat dam haji seantero Malaysia!! Ayuh sertai KEJOHANAN DAM AJI TERBUKA 2026⚫🟑
    πŸ“ AEON Mall Rawang Anggun https://share.google/qaLLBB617jKSdrKkk
    πŸ—“ 29 Mac 2026 | Ahad
    πŸ’₯ Cabar minda.Tunjuk kehebatan. Menang HADIAH WANG TUNAI berjumlah lebih RM2100πŸ’°
    πŸ† Hadiah wang tunai + trofi eksklusif
    πŸŽ–️ Banyak kategori peluang MENANG:
    ➡️ Terbaik Perempuan
    ➡️ Veteran 50+
    ➡️ Umur Bawah 9 hingga 49 Tahun
    πŸ’ΈYuran hanya RM30
    πŸ“„ Sijil penyertaan UNTUK SEMUA peserta
    ⏱️ Format 6 atau 7 pusingan/Sistem Swiss
    πŸ”₯ 20 minit seorang
    🎯 Sesuai untuk pemain amatur & berpengalaman (semua peringkat umur)

    πŸ“› TARIKH TUTUP: 26 MAC 2026
    πŸ“² DAFTAR SEKARANG >> https://forms.gle/1AvhRdD5AFswEByc8

    πŸ“ž 017-6952169 (Pn. Zarina Cerdik Catur)
    😎 Jumpa anda di AEON Mall Rawang Anggun! ♨️

    ReplyDelete