Satu
jenis kuih tradisi di Kelantan yang terkenal dinamakan kuih apam. Kuih apam ini
berbeza dengan apam balik. Untuk membezakan dengan apam balik, maka ia
dipanggil apam bakar, apam kelantan dan ada juga memanggilnya apam mayat.
Resipi
ini warisan dari orang-orang lama menyebabkan ia sentiasa digemari ramai tanpa
mengira usia. Kalau makan panas-panas, memang layan. Ada pula kelapa parut.
Apam
ini dinamakan apam bakar mungkin disebabkan ada tompok-tompok garing berwarna
hitam seperti dibakar. Kesan tompok hitam itu terjadi kerana semasa memasak
tidak banyak menggunakan minyak masak. Minyak masak hanya disapu sedikit pada
bahagian kuali untuk mengelak adunan melekat untuk dibalik dan diangkat apabila
masak.
Bahan
asas untuk membuatnya ialah tepung beras, tapai ubi kayu, pisang, gula, lada
hitam dan yis. Tapai ubi kayu dan pisang dilenyak sebelum digaul dengan
bahan-bahan lain. Adunan dibiarkan semalaman sehingga ia nampak berbuah dan ringan
apabila dikacau sebelum dibakar.
Bentuknya
bulat mengikut lengkuk kuali denga bahagian tengahnya lebih tebal. Ia dimasak
sebiji-sebiji. Masa memasak setiap biji kira-kira 6 minit dengan api kecil.
Sedap
dimakan dicicah dengan kelapa parut yang digaul sedikit dengan garam dan gula.
No comments:
Post a Comment