Ada
orang yang hidupnya sentiasa dalam kesempitan walaupun gaji bulanan 6 angka,
ada pula yang yang berpendapatan 3 angka tetapi bahagia, segala keperluan cukup
dan masih boleh bersedekah.
Ada
pula yang sentiasa serabut, fikiran tak tenang dan hidup terasa kosong walaupun
dikelilingi keluarga dan sahabat handai. Tak kurang juga mereka yang tiada
siapa-siapa, sebatang kara tetapi bahagia dan sentiasa tersenyum.
Berlaku
situasi di mana fikiran jadi serabut sehingga membuatkan hati jadi jadi
gelisah. Macam-macam hal yang difikirkan, tapi masalah tak selesai-selesai
juga.
Makin
difikir makin berserabut dibuatnya, dan lebih besar masalah yang dirasakan
sedangkan masalah itu kecil saja, tetapi disebabkan terlalu over-thinking
terhadap masalah, hasilnya akan bertambah serabut. Jadi, saya nak kongsikan
sedikit tips untuk menenangkan fikiran.
Apabila
diri kita dalam keadaan negatif, fikiran berserabut dan jiwa kacau, sepatutnya
jangan terlalu melayani perasaan itu kerana ia akan memberi kemudaratan kepada
diri kita.
Di sini saya ingin berkongsi tip untuk menghentikan pemikiran negatif yang
sedang berserabut tersebut:-
- Tingglkan seketika tempat atau keadaan yang menjadi punca fikiran berserabut.
-
Ambil wuduk
- Solat sunat taubat / Solat fardu kalau sudah masuk waktu
- Doa (mohon pada perkara yang kita nak bukan sebaliknya)
- Duduk tegak rehat dan bertafakur
-
Fokus minda anda berserah hanya kepada Allah agar segala masalah dihilangkan.
-
Sambil tarik nafas dalam-dalam...
-
Kekalkan fokus
-
Hembuskan nafas... tetap fokus
- Ulangi langkah ini
sehingga fikiran kembali tenang.
No comments:
Post a Comment