Propaganda merupakan
mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang
ramai. Propaganda dalam erti kata paling asasnya menyediakan maklumat dengan
tujuan mempengaruhi masyarakat.
Propaganda
sering memilih perkara yang tidak sebenar ataupun menokok tambah agar
menimbulkan maklum balas yang lebih beremosi daripada rasional kepada maklumat
yang diberi.
Hasil
yang diingini ialah perubahan dalam penceritaan kognitif mengenai subjek oleh
kumpulan sasaran untuk meneruskan agenda politik.
Propaganda
ialah cubaan sengaja yang sistematik untuk membentuk persepsi, memanipulasi
kognisi, dan mengarahkan kelakuan agar mencapai maklum balas yang melanjutkan
tujuan yang diingini penyebarnya.
Propaganda
dapat digolongkan menurut sumbernya:
-
Propaganda putih - berasal dari sumber yang dapat dikenalpasti secara terbuka.
-
Propaganda hitam - berasal dari sumber yang dianggap mesra akan tetapi
sebenarnya berniat jahat atau mencetuskan permusuhan.
-
Propaganda kelabu - berasal dari sumber yang tampak netral tetapi sebenarnya
bermusuhan.
Propaganda
telah berkembang dalam perang psikologi di mana propaganda menemukan banyak
digunakan dalam politik melibatkan usaha pemerintah, parti atau golongan untuk
pencapaian tujuan berstrategi dan bertaktik.
Propaganda
mempunyai beberapa perkara yang perlu ada untuk memenuhi keberkesanannya.
Antara
kriteria tersebut ialah:
-
Pihak yang menyebarkan pesanan, yakni "komunikator", atau pihak yang
ditugaskan menyampaikan pesanan dengan isi dan tujuan tertentu.
-
Komunikan atau target penerima pesan yang diharapkan menerima pesan dan
kemudian melakukan sesuatu sesuai pola yang ditentukan oleh komunikator.
-
Pesan tertentu yang telah dirumuskan sedemikian rupa agar mencapai tujuannya
dengan efektif.
-
Wahana, kemudahan (prasarana) atau medium yang tepat dan sesuai atau serasi
dengan situasi dari komunikan.
-
Kebijaksanaan atau politik propaganda yang menentukan isi dan tujuan yang
hendak dicapai.
-
Dilakukan secara terus-menerus.
-
Terdapat proses penyampaian gagasan, ide/kepercayaan, atau doktrin.
-
Mempunyai tujuan untuk mengubah pendapat, sikap, dan perilaku
individu/kelompok, dengan teknik-teknik memengaruhi.
-
Keadaan dan situasi yang memungkinkan kegiatan propaganda yang bersangkutan.
-
Menggunakan cara prosedur dan perencanaan yang sistematik.
-
Dirancang sebagai sebuah program dengan tujuan yang konkrit untuk
memengaruhi dan mendorong komunikan melakukan sesuatu yang sesuai dengan
keinginan atau pola yang ditentukan oleh komunikator.
Arus
media utama yang digunakan untuk menyebarkan mesej propaganda termasuk akhbar,
laporan kerajaan, penyemakan sejarah, media sosial, bahan bacaan, risalah,
filem, radio, televisyen dan poster.
Bagi
radio dan televisyen, propaganda wujud baik melalui rancangan berita, hal ehwal
atau wawancara, mahupun dalam bentuk iklan, pesanan khidmat masyarakat atau
advertorial.
Kempen
propaganda selalu mengikut corak penyebaran strategik untuk mengindoktrinasikan
kumpulan yang disasarkan. Ini boleh dimulakan dengan penyebaran ringkas seperti
risalah yang dijatuhkan dari kapal terbang atau iklan.
Biasanya
mesej-mesej ini mengandungi arahan-arahan untuk memperoleh maklumat lanjut
melalui laman web, talian hangat, rancangan radio dan sebagainya (serupa dengan
tujuan pemasaran produk dan sebagainya).
Strategi
ini bertujuan mengubah individu dari penerima maklumat menjadi pencari maklumat
melalui pengukuhan, diikuti pencari maklumat menjadi pemimpin pendapat melalui
indoktrinasi.
Pelbagai
teknik yang berasaskan kajian psikologi digunakan untuk menjana
propaganda. Kebanyakan teknik-teknik yang sama boleh dianggap sebagai falasi logik,
kerana penyebar propaganda menggunakan hujah yang adakalanya meyakinkan tetapi
tidak semestinya tepat.
Analisa
kaedah-kaedah penyebaran mesej propaganda agak mengambil masa. Kerja penyebaran
propaganda itu penting tetapi jelasnya strategi penyebaran maklumat hanya
menjadi strategi propaganda apabila digandingkan dengan mesej propaganda.
Oleh
itu, adalah penting sekali untuk mengenal pasti mesej-mesej sedemikian untuk
mengkaji cara-cara mesej berkenaan disebarkan.
No comments:
Post a Comment