Dasar
Perpaduan Negara yang bersifat inklusif, jelas dan kohesif, demi memastikan
Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras perpaduannya dilancarkan
kerjaan pada 15 Feb 2021.
Tiga
objektif utama, Dasar Perpaduan Negara yang berkonsepkan Perpaduan Dalam
Kepelbagaian, menetapkan strategi jangka panjang dalam usaha berterusan untuk
memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.
Tiga
objektif utama itu ialah, mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional
berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara; membentuk identiti
nasional dengan semangat jati diri, patriotik, prihatin, toleransi, saling
hormat menghormati dan bertanggungjawab; serta melahirkan rakyat Malaysia yang
menghargai dan mengamalkan perpaduan.
Ia
selaras penerimaan rakyat Malaysia bahawa masyarakat negara ini adalah majmuk
dan mempunyai pelbagai latar belakang pegangan agama, pengenalan bangsa serta
budaya.
Berikutan
perbezaan dan kepelbagaian ini, usaha ke arah mewujudkan perpaduan di negara
ini perlu dilengkapi dan dilandasi usaha integrasi berterusan.
Dasar
Perpaduan Negara sudah menetapkan strategi jangka panjang yang menggariskan
usaha berterusan untuk memupuk, mengukuh dan memelihara perpaduan rakyat.
Penggubalan
Dasar Perpaduan Negara juga berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan
Rukun Negara, selain ia selaras dengan dasar utama negara seperti Wawasan
Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, Rancangan Malaysia Lima Tahun dan dasar lain
yang berkuat kuasa.
Untuk
mencapai objektif disasarkan itu, Dasar Perpaduan Negara memerlukan sokongan
padu dan kerjasama penuh daripada semua pihak terutama ejen penggerak perpaduan
membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan pemegang taruh
berkaitan.
Dasar
Perpaduan Negara ini adalah dasar bersama dan semua pihak adalah ejen perpaduan
negara dalam membawa aspirasi ini ke hadapan.
Rakyat
diseru menggerakkan seluruh kekuatan dan kudrat kita untuk terus menyebarkan
semangat perpaduan dalam keadaan amat mencabar pada masa ini.
Perpaduan
menjadi hasrat semua negara di dunia, manakala Malaysia sebagai negara
berbilang etnik, agama dan budaya, sering dijadikan contoh rujukan sebagai
negara yang bersatu-padu.
Walaupun
ada ketika wujud perbezaan, persaingan dan konflik, tetapi kesepaduan sosial
yang wujud sekian lama dalam masyarakat di negara ini mengekalkan perpaduan
rakyat sehingga kini.
Dasar
Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030
dihasilkan bagi menyokong strategi serta menetapkan aspirasi perpaduan yang
ingin dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Sesungguhnya
usaha mencapai perpaduan adalah suatu perjalanan yang jauh dan berliku. Justeru,
seluruh rakyat mesti sentiasa membetulkan niat dan memperkasa usaha bersama
untuk memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang kukuh teras
perpaduannya, bukan saja untuk generasi masa kini, tetapi demi masa depan anak
cucu kita kelak.
No comments:
Post a Comment