Manusia
suka kepada pengitirfan, pujian dan kata-kata semangat terhadap apa yang akan,
sedang dan telah dilakukan. Maka, kita perlu lakukan perkara ini dalam
pendekatan dakwah.
Pengiktirafan
itu diharapkan menjadi motivisi untuk orang berkenaan terus melakukan perkara
baik itu dan berusaha untuk meningkatkan lagi apa yang telah dicapai itu.
Kaedah
itu telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila sentiasa memuji, mengiktiraf
atau memberi galakan kepada sahabat untuk melakukan kebaikan.
Dengan
kelebihan yang dimiliki, Baginda bukan saja memuji, tetapi juga
menjelaskan siapa yang telah dijamin oleh Allah SWT untuk memasuki syurga, dan
begitu juga neraka.
Penjelasan
siapa bakal masuk syurga telah menjadi motivasi kepada para sahabat untuk
meningkatkan kebaikan agar mereka juga bakal mendapat jaminan itu.
Jadi,
hal atau pendekatan yang sama boleh dilakukan dalam dakwah dan pendidikan
terhdap kanak-kanak.
Kanak-kanak
memang suka kepada pujian dan dorongan yang diterima. Mereka akan secara
ikhlas atau yakin kepada pujian itu akan berasa bangga dan akan tersemat di
hati mereka untuk terus melakukan kebaikan.
Begitu
juga, bagi kanak-kanak yang tidak dipuji, tetapi melihat rakan sebaya yang lain
dipuji dan diiktiraf baik atau berjaya, akan mendorong mereka bercita-cita
ingin turut menperoleh apa yang telah dicapai oleh rakannya itu.
Maka
itu, kita jangan kedekut atau berat mulut untuk memuji dan memberi pengiktirafan
keapda kebaikan ayng telah dilakukan oleh kanak-kanak. Jadikan ia sebagai
sebahagian pendekatan dakwahterhada[p kanak-kanak.
Kanak-kanak
biasanya menunjukkan rasa kagum kepada ibu bapa dan orang dewasa. Apa
juga yang dilakukan oleh orang dewasa akan cuba diikuti dan dilakukan oleh
kanak-kanak. Sifat semulajadi itu perlu dimanfaatkan untuk tujuan dakwah
dan pendidikan.
Ibu
bapa sebagai pendakwah dan pendidik, kita perlu menampilkan tingkahlaku dan
amalan yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak.
Perkara ini perlu
diberi perhatian kerana antara punca kegagalan dalam proses dakwah dan mendidik
ialah apabila pendakwah gagal menunjukkan contoh yang baik.
Jadi,
apa saja perbuatan mesti dilakukan sesuai dengan nilai baik yang diperkatakan.
Kita tidak mahu seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul.
Kanak-kanak
akan bangga dan kagum dengan orang yang memperkatakan nilai baik dan
mengamalkannya. Apabila timbul rasa kagum kanak-kanak atau menjadikan
sebagai idola, mudahlah untuk proses mendidik seterusnya dilakukan.
Sebab
itu, kita dapati kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan perbuatan watak adiwira
filem dan kartun yang mereka minati.
No comments:
Post a Comment