Friday 5 March 2021

PARTI PERIKATAN NASIONAL

 
Parti Perikatan Nasional (PN) ialah gabungan parti politik rasmi di Malaysia yang terdiri daripada lima parti komponen. Parti ini didaftarkan pada 7 Ogos 2020 di bawah kategori politik, selaras peruntukan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). 
 
Konsep organisasi parti ini adalah sama dengan Barisan Nasional (BN) iaitu ia dianggotai oleh parti-parti. 
 
Sekarang ini PN dianggotai oleh lima buah parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan). 
 
PN bergabung dengan BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membentuk kerajaan Pusat. 
 
Jadi, kerajaan Pusat sekarang tidak patut atau salah jika dikatakan kerajaan PN. Nama sepatutnya digunakan ialah Kerajaan Gabungan PN, BN dan GPS atau boleh sahaja dinamakan dengan nama lain yang tidak menggambarkan ia kerajaan PN.

No comments:

Post a Comment