Saturday 13 March 2021

PROF. DR. ZALIMAN SAULI KEMBALI KE UNIMAP

 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumi) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Dr. Zaliman Sauli menamatkan kontrak selama tiga tahun bertugas di UMK. Beliau akan kembali bertugas di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). 
 
Sepanjang bertugas di UMK, antara jasa dan sumbangan lebih tertumpu untuk membina sahsiah pelajar secara holistik dan melonjakkan Kebolehpasaran Graduan (GE) UMK serta menangani krisis Covid-19. 
 
Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Fizik) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kemudian menyambung pengajian di Universiti Surrey (UK) dan memperoleh M.Sc (Advance Semiconductor Materials & Devices). Beliau memperoleh Ph.D (Microelectronics) dari UniMAP. 
 
Kerjaya pertama beliau ialah di Malaysian Institute of Microelectronics System (MIMOS) bermula Jun 1992 sehingga Dis 2002. Antara jawatan di MIMOS ialah jurutera kanan, pengurus produk dan pengurus bahagian latihan. 
 
Bermula Jan 2003, beliau menyertai UniMAP. Antara jawatan disandang di UniMAP ialah Dekan Pusat Komunikasi dan Kemahiran Keusahawanan, Pengarah Pusat Industri & Kerjasama Kerajaan, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mikroelektronik, Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pengarah Pusat Pengajian Lanjutan. 
 
Bermula Mac 2018, beliau ‘dipinjamkan’ ke UMK dengan kontrak selama tiga tahun dan diamanahkan jawatan sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumi). Mac 2021, beliau kembali ke UniMAP. 
 
Zaliman merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Ismail Petra (SMIP), Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment