Sunday 21 March 2021

MASA PALING SESUAI DILETAKKAN GARAM KETIKA MEMASAK

Masakan tanpa garam akan menjadi hambar, tawar atau dalam dialek Kelantan disebut lecas leweh. Tetapi, tahukah anda masa paling sesuai diletakkan garam semasa memasak.

Garam disaran untuk diletak sejurus selepas api masakan ditutup bagi menghalang iodin dalam garam daripada meruap disebabkan suhu yang tinggi.

Ia juga salah satu tip untuk mengelakkan penggunaan garam yang berlebihan semasa memasak.

Selain untuk menyedapkan rasa, penggunaan garam juga dapat membekalkan iodin kepada badan.

Peranan mikro nutrien ini sangat penting kerana untuk menghasilkan hormon tiroid yang diperlukan bagi pertumbuhan normal, pembesaran dan metabolisme sepanjang hayat.

Malah dalam keadaan tertentu terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan dengan kekurangan iodin mereka boleh menghidap penyakit beguk dan andai serius, ia mungkin mengundang kecacatan mental.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), dalam kajian ke atas penduduk di Timur Tengah pada 2017, mendapati kira-kira satu pertiga mengalami masalah kekurangan iodin.

No comments:

Post a Comment