Jajahan
Bachok, Kelantan mempunyai kawasan persisir pantai terpanjang di negeri
Kelantan, berbanding jajahan Tumpat, Kota Bharu dan Pasir Putih. Jajahan lain
di Kelantan, seperti Machang, Kuala Krai, Tanah Merah, Gua Musang dan Pasir Mas
tidak mempunyai pantai.
Pantai
di jajahan Bachok memang cantik dan menjadi tumpuan. Nama yang sudah lama
terkenal sudah pastinya Pantai Irama.
Nama
lain turut terkenal ialah Pantai Senok dan Pantai Kemayang. Kini satu lagi nama
yang tersenarai sebagai pantai peranginan ialah Pantai Melawi.
Pantai
Melawi jaraknya hampir 30 km dari Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai pantai
peranginan, Pantai Melawi hanya dikenali sebagai perkampungan nelayan.
Namun, sekarang ini banyak penduduknya terlibat dalam sektor pelancongan dengan
membuka chalet, rumah tumpangan dan resort.
Kawasan Pantai Melawi kini dibangunkan sebagai pusat reakrasi awam bagi memberi
kemudahan kepada rakyat beriadah bersama ahli keluarga.
Pantai
Melawi diberi nafas baharu dengan menaik taraf beberapa kemudahan asas seperti
pembinaan arca, pintu gerbang, tandas dan surau bagi kegunaan para pengunjung
pantai kini sedang giat dijalankan.
Kawasan
pantai yang dahulunya terhad dan sempit, kini diperluaskan untuk keselesaan
pengunjung.
Usaha
dilakukan pihak berkuasa tempatan itu diharapkan akan menjadikan Pantai Melawi
menjadi lokasi tumpuan pengunjung pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment