Ikan
kebasi termasuk dalam famili Clupeidae. Nama tempatan yang
didaftarkan ialah kebasi kuasi. Nama tempatan lain ialah kuasi, kebasi dan selangat.
Ikan
kebasi tingal di perairan pantai yang cetek sehingga 30
meter kedalaman. Saiznya 10 hingga 15 sm panjang
keseluruhan.
Ikan
kebasi sedap dimakan. Ada yang menjadikan ia sebagai kerabu mentah. Di Utara,
ia banyak juga dijadikan kuah laksa. Selain itu ikan kebasi juga dijadikan ikan
kering.
Salah
satu lokasi untuk mendapatkan ikan kebasi kering ialah di Kampung Sungai Baru,
Simpang Ampat, Perlis.
No comments:
Post a Comment