Manuskrip
al-Quran tertua di dunia berusia lebih 1,370 tahun yang ditemui dipercayai
ditulis individu yang mengenali Nabi Muhammad SAW.
Tinggalan
sejarah berharga yang dipercayai ditulis kurang 20 tahun selepas kewafatan
Rasulullah itu milik Universiti Birmingham, London.
Analisis
radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford menunjukkan naskhah itu
dihasilkan sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.
Ujian
itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi Universiti Birmingham, malah
manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan
Islam.
Nabi
Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar
orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin
turut mengenalinya.
Tulisan
ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis
tidak lama selepas diwahyukan.
Manuskrip
berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat
merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab
lama.
No comments:
Post a Comment