Azlan
(bukan nama sebenar) adalah anak yatim sejak zaman sekolah. Penyampaian bantuan
di tapak perhimpunan sekolah pun dia sanggup tak pergi sebab malu.
Dia
pernah melalui saat itu. Sebab tu bila dia berjaya, dia kumpul kawan-kawan dia
yang kaya raya, jenis pendapatan 6 angka sebulan, buat program dengan anak-anak
sebegini.
Dia
bawa anak-anak tu naik kereta mewah dia dan kawan-kawan, bawa pergi makan
restoran mahal jenis sekali bayar beratus seorang.
Kemudian
bawa pergi beli kasut bola mahal, topi, set sukan dan apa budak-budak tu suka.
Dalam
kereta, di restoran, di kedai sukan, dia bagi motivasi dan semangat pada
anak-anak itu. Santai, bersahaja tapi sampai ke hati mereka.
Salah
seorang yang naik Mustang Azlan masa tu, UPSR budak tu dapat semua A. Rasa
budak tu bersemangat dengan cara Azlan motivasi dia.
Azlan
tidak pernah cerita kat orang hal ini. Dia tak muat naik di media sosial walau
dia pempengaruh (influencer). Sebab dia tahu dan faham bagaimana malunya
seorang anak yatim yang dipamerkan segala kesusahan mereka.
Jadi,
dinasihatkan kepada sesiapa sahaja yang ingin menularkan sesuatu kisah warga miskin
yang dibantu, fikirkan juga perasaan mereka.
Olahan dari media sosial
No comments:
Post a Comment