Tuesday, 22 March 2022

TANGGUNGJAWAB SEIRING PERUBAHAN

  
Hidup ini selalu berubah. Umpama roda berpusing. Seperti air yang mengalir. Mencipta kelainan pada setiap masa. 
 
Dalam hidup ini, kita pastinya melalui peredaran masa yang kadangnya tak terasa. Berubah secara semula jadi mengikut perubahan usia dan persekitaran serta tanggungjawab. 
 
Masa kita kecil, remaja, dewasa dan menginjak ke usia tua. Setiap kita lalui zaman itu, pastinya ada kenangan yang tercipta. 
 
Setiap zaman itu tentunya berbeza-beza keadaan. Bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga kematangan berfikir dan tanggungjawab. 
 
Bagaimana kita hargai setiap momen yang tercipta, itu terpulang kepada kita sendiri. Apa yang pasti kita tidak mampu untuk kembali kepada masa lampau. 
 
Masa terus meninggalkan kita. Masa yang berlalu pergi seolah takkan pernah terasa. Jadi, gunalah masa yang ada untuk kebaikan, kerana kebaikan itulah yang menjadi bakal di alam abadi.

No comments:

Post a Comment