Program
Bank Makanan Asnaf adalah satu inisiatif amal bagi meringankan beban hidup
golongan fakir dan miskin dengan objektif utamanya iaitu Sepakat Membasmi
Kelaparan dengan kerjasama pelbagai NGO di seluruh Malaysia menyalurkan
bantuan sedekah.
Konsepnya
adalah pelanggan di kedai-kedai terlibat mendermakan barang makanan kering atau
wang tunai yang boleh diletakkan sendiri di tempat yang disediakan.
Kemudian,
sukarelawan yang ditugaskan akan membawa makanan kering tersebut untuk disimpan
di stor. Barang-barang tersebut akan diagih-agihkan kepada pernerima di
kalangan fakir dan miskin yang dipilih. Agihan akan dilakukan sebulan sekali.
Bagi
mereka yang mensedekahkan wang, ia akan digunakan untuk membeli makanan kering.
Program
Bank Makanan Asnaf antara lain bermatlamatkan untuk menjadi pusat rangkaian
saluran bantuan makanan kering untuk beribu-ribu keluarga fakir dan miskin
dengan kerjasama rangkaian NGO seluruh negara.
Ia
juga bertujuan untuk mengembangkan inisiatif ini kepada rangkaian-rangkaian
pasar raya yang lain di Malaysia.
Ia
juga diharapkan dapat menambahbaikkan tambahan jenis bantuan kepada fakir
miskin dengan sokongan mentor-mentor koporat berjaya dalam pelbagai bidang.
Program
ini juga diharapkan menepati sasaran moto Sepakat Membasmi Kelaparan dengan sokongan
rangkaian NGO seluruh Malaysia dengan rangkaian pasar raya.
Matlamat
penubuhan Program Bank Makanan Asnaf juga diharapkan menjadi organisasi yang
tersusun dan dipercayai mampu menyalurkan bantuan makanan kering kepada fakir
dan miskin setempat yang memerlukan.
Di
Kelantan, antara lokasi yang ditempatkan di Billion Kota Bharu yang
dikendalikan oleh Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan.
Melalui kewujudan Bank Makanan Asnaf, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan mengagihkan secara bulanan kepada penerima yang tersenarai sebagai penerima bulanan yang kini jumlahnya mencapai 1010 orang.
Selain itu, Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan juga membantu NGO lain yang memerlukan barangan untuk program yang melibatkan golongan asnaf dan mualaf.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliaton
di talian 011-1941-3639
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment