Sunday, 13 March 2022

HENTIKAN SIKAP MENGATA BURUK KEPADA INDIVIDU LAIN

  
Rasulullah SAW menganjurkan supaya sentiasa memberikan salam kepada muslim yang lain sama ada dikenali ataupun tidak sebagai tanda kasih antara sesama Islam. 
 
Jika mengikut logik akal adalah tidak munasabah memberi salam kepada orang tidak dikenali. Namun, ajaran Islam itu indah dan untuk kebaikan. Sesungguhnya, memberi salam dituntut kerana ia dapat membina rasa kasih dan percaya kepada muslim lain dengan memulakan komunikasi melalui kalimah berbentuk doa kepada saudara seagama. 
 
Apabila kita mendoakan kebaikan kepada orang lain, orang lain itu pula akan membalas doa itu dengan doa juga. 
 
Memberi salam adalah perbuatan yang dituntut, sedangkan menjawab salam adalah wajib. 
 
Jadi, kalau kita hendak orang mendoakan kebaikan kepada kita, maka kita dahulu yang perlu mendoakan kebaikan kepada orang lain. 
 
Kalau kita mengatakan perkara tidak baik kepada orang lain, tidak kiralah perkara benar atau tidak, maka perkara sama akan dikembalikan kepada kita. 
 
Apa hak kita untuk menghina orang lain sehingga melibatkan nama bapa atau keluarga? Mengapa kita perlu mengatakan ‘poorah’ kepada orang lain? 
 
Di mana nilai keagamaan diri jika kita sentiasa mengatakan perkara tentang diri orang lain. Amalkan muhasabah diri, semoga kita lebih kenal diri sendiri dan berusaha untuk memperbaikinya sebelum mengadap Ilahi.  

No comments:

Post a Comment