Saturday, 8 February 2025

GARAM SEBAGAI BAJA

 
Natrium (Na) tidak termasuk dalam 17 unsur perlu bagi tumbuhan manakala klorida (Cl) disenaraikan dalam unsur mikro yANg diperlukan dalam jumlah yANg sedikit untuk pertumbuhan tumbuhan.
 
Walaupun begitu terdapat kajian yang menunjukkan Na memberi manfaat yang baik kepada tanaman seperti yang direkodkan pada tomato, ubi kentang, ubi keledek, lobak merah, koko dan tanaman bijirin.
 
Terdapat bukti Na memberi kesan baik kepada pertumbuhan ketika berlaku kekurangan unsur K pada tumbuhan. Beberapa kajian menunjukkan bahawa Na dapat menggantikan fungsi biokimia K dalam proses metabolime tumbuhan.
 
Semua bukti masih lagi belum dipastikan kesan nyata yang muktamad kerana masih dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain seperti jenis tumbuhan, jenis fotosintesis dan tahap adaptasi kepada kemasinan.
 
Kesimpulannya garam sebagai bahan yang boleh memberi kesan positif kepada tumbuhan dan tanaman masih lagi belum dibuktikan benar sepenuhnya manakala kesan negatif kemasinan (garam tinggi) dalam tanah telah dibuktikan dalam banyak kajian saintifik dan hasil pengalaman pengusaha tanaman.
 
Keadaan kemasinan tinggi biasa berlakunya pada kawasan yang berhampiran air masin atau terjejas pada ketika air pasang. Paras air dalam tanah yang tinggi kandungan garam boleh meningkat pada masa tertentu dan menyebabkan keadaan toksik garam yang menjejaskan tanaman.
 
Kaedah menabur garam sebagai baja yang diamalkan sesetengah penanam pada kadar yang sesuai bagi tanaman tertentu tidaklah akan mengakibatkan keadaan toksik.
 
Penggunaan garam pada tanaman kelapa contohnya hanyalah bertujuan bagi membekalkan klorin Cl dan bukannya Na dan boleh dilakukan menjelang pengeluaran buah.  

No comments:

Post a Comment