Istana Telipot terletak di Jalan Telipot, Kota Bharu. Bangunan asal dibina dalam tahun 1930-an sebagai rumah kerajaan dalam kawasan pejabat tanaman (pertanian) masa itu.
Pada
peringkat awal, ia didiami pegawai pertanian negeri dan kemudian dijadikan
sebagai rumah kediaman hakim mahkamah seksyen Kota Bharu.
Selepas itu menjadi rumah tetamu Kerajaan Negeri Kelantan. Kemudian, setelah
itu diubah suai menjadi istana tetamu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan
Kelantan.
Pada awal tahun 2004, sekali lagi diubah suai terutama bahagian dalaman dengan
tidak ada pindaan kepada struktur asal. Beberapa bangunan baru didirikan di
kawasan itu bagi kediaman pegawai-pegawai dan petugas-petugas.
Pada
25 dan 26 April 2004, Istana Telipot telah menerima tetamu Diraja iaitu Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Brunei yang bersemayam bagi menghadiri
Majlis Santapan Diraja sempena Perayaan Jubli Perak pemerintahan Kebawah Duli
Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra di
Dewan Bankuet Istana Negeri, Kubang Kerian.
Pada tahun 2009, Istana Telipot menjadi istana rasmi kepada Yang Teramat Mulia
Tengku Mahkota Kelantan.
No comments:
Post a Comment