Kem
Al-Sultan Abdullah menempatkan Markas Angkatan Bersama (MK AB) telah dirancang
pembinaannya sejak 2007 dengan pemilihan lokasi di Jalan Panching, Kuantan, Pahang susulan
kedudukan kem dan pangkalan Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara sedia
ada di Kuantan sekali gus dapat menyokong pengoperasian MK AB.
Projek
pembinaan kem seluas 39.56 hektar ini siap pada 25 April 2019 dan diserahkan
kepada MK AB pada 11 Jun 2019 serta majlis pengoperasian telah dilaksanakan
pada 1 Julai 2019.
Penamaan
Kem Al-Sultan Abdullah telah dizahirkan pada 26 Julai 2022 susulan Yang
di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan
mencemar duli ke Majlis Perasmian dan Penamaan Kem Al-Sultan Abdullah Markas
Angkatan Bersama.
Kem
tersebut menempatkan lebih 300 pegawai dan anggota pelbagai peringkat dari
ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam ATM.
MK
AB diwujudkan untuk mengendalikan tugas berdasarkan kepada konsep penugasan
bersama (Jointness), yang bersifat tiga khidmat (Tri-Service) di dalam ATM,
selain berperanan untuk menyelaraskan keperluan dalam operasi dan misi di bawah
PBB.
No comments:
Post a Comment