Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) berpeluang
menyertai Kayuhan Persahabatan Malaysia - Thailand dari pekan Golok ke
Naratiwat, Selatan Thai. PCAK diketuai pengerusinya, Fazliyaton Daud bersama-sama
beberapa ahli, mengambil peluang menyertai program tersebut untuk mengeratkan
silaturahim dengan penduduk Islam di Selatan Thai.
Kesempatan itu juga digunakan untuk
mengagih-agihkan al-Quran wakaf kepada Masjid Kampung Chepa dan penduduk yang
ditemui. Al-Quran wakaf tersebut adalah hasil terkumpul melalui Program Wakaf
Al-Quran yang dianjurkan oleh Mustapha Restoran Nasi Kandar, Kampung Banggol,
Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.
Menurut Fazliaton, pengalaman menziarahi
saudara seagama di Selatan Thai amat meruntun hati melihat kedaifan mereka yang
jauh ketinggalan berbanding keadaan kita di Malaysia.
Justeru katanya, jika ada peluang pada masa
akan, PCAK akan hadir untuk membawa sumbangan atau bantuan yang seadanya
mengikut kemampuan untuk saudara di Selatan Thai.
Menurutnya, dana khas akan dicari untuk
tujuan tersebut kerana tidak mahu menggunakan dana yang disumbangkan orang
ramai untuk diserahkan kepada asnaf di Kelantan.
PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha
membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang
ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi
Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian
011-1941-3639.
Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan
melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB).
Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah
pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment