Monday, 8 August 2022

JETI PENGKALAN PETAH DARATKAN IKAN SEGAR

  
Kampung Pengkalan Petah terletak dalam jajahan Bachok. Ia terletak berhampiran Kampung Tawang dan Kampung Balai. Pengkalan Petah terletak di mukim Tawang, Bachok. Di Kampung Pengkalan Petah terdapat jeti atau pelabuhan pendaratan ikan milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). 
 
Sebahagian besar bekalan ikan segar di Kota Bharu diambil dari pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah, kerana ia lebih dekat dari Kota Bharu. Jarak dari Kota Bharu kira-kira 15 km. 
 
Lokasi dijadikan tempat pendaratan ikan sekarang sebenarnya sebahagian daripada kawasan yang pernah dicadangkan untuk membina pelabuhan komersial di Kelantan pada masa dahulu. 
 
Bagaimanapun, cadangan itu tidak diteruskan disebabkan tidak sesuai dari segi geografi dan pengaruh cuaca di mana kawasan itu mengalami kesan musim tengkujuh yang mungkin menganggu operasi pelabuhan. 
 
Pengkalan Petah sesuai dijadikan pusat pendaratan ikan kerana terdapatnya benteng pemencah ombak dan sungai yang didalamkan. Bot dan perahu nelayan, termasuk kapal nelayan laut dalam yang lebih besar dapat memasuki Sungai Kemasin dan seterusnya mendaratkan ikan di jeti LKIM. 
 
Pusat pendaratan ikan di Pengkalan Petah memberi kemudahan kepada nelayan di jajahan Bachok dan Kota Bharu. Ia dapat mengurangkan kesesakan di pusat pendaratan ikan di Tok Bali dan Kuala Besar.  

No comments:

Post a Comment