Kadangkala kita menceritakan rasa sedih apabila
tidak mencapai apa yang diingini biarpun telah berusaha bersungguh-sungguh. Terasa
seperti tiada ada lagi harapan atau peluang untuk mencapai kejayaan. Seperti
usaha yang dilakukan sia-sia dan tidak membuahkan hasil seperti diharapkan.
Ingatlah... usaha kita adalah kerana itu
satu amanah yang perlu kita lakukan. Ganjaran bukan hanya apabila mencapai apa
yang diingini. Ada apa yang kita usahakan, ganjaran diberikan dalam bentuk lain.
Kesihatan yang baik, kawan yang banyak, selalu ceria dan sebagainya.
Atau, jika itupun kita tidak merasinya di
dunia ini, percaya dan yakinlah bahawa Allah tidak sia-siakan apa yang kita
lakukan di dunia ini. Jika kebaikan dilakukan tidak mendapat hasil kebaikan
seperti diharapkan, jangan kecewa kerana di akhirat nanti pasti ada ganjaran
kebaikan atau pahala yang akan diperoleh.
Maka itu jangan kita mengeluh dan kecewa.
Terus melakukan kebaikan biarpun hasilnya tidak kita tuai di dunia ini.
Perjuangan melaksanakan amanah sebagai khalifah di muka bumi ini masih panjang
sehingga ke akhir hayat.
No comments:
Post a Comment