Roti tempayan antara hidangan digemari
rakyat Kelantan, selain roti canai. Memandangkan permintaan semakin tinggi
terhadap roti tempayan, semakin banyak kedai makan atau restoran membuat roti
tempayan untuk memenuhi permintaan peminatnya.
Salah satu kedai menyediakan menu roti
tempayan di Kelantan ialah Cafe Roti Tempayan An Nur yang terletak berhadapan
dengan Masjid An Nur Kota Kubang Labu, Wakaf Bharu.
Pelbagai jenis roti tempayan disediakan
seperti:
- Roti tempayan asli
- Roti tempayan garlic
- Roti tempayan cheese
- Ayam tandori
- Kari ayam
- Kari daging cincang
- Kari kambing
Gambar – Media sosial
No comments:
Post a Comment