Islam mengajar kita agar menghulurkan
bantuan kepada sesiapa yang memerlukan, terutama ketika mangsa berada dalam
keadaan bahaya atau terdesak. Berilah bantuan dengan seikhlas hati dan sekadar
apa yang termampu.
Berilah bantuan tanpa mengira fahaman politik,
agama mahupun bangsa. Utamakan aspek kemanusiaan berbanding perkara lain.
Ketika Kelantan dan Terengganu dilanda
banjir teruk 2022, ada suara-suara mengatakan tidak perlu diberi bantuan kerana
mereka tidak menyokong parti pemerintah di peringkat pusat.
Amat menyedihkan apabila soal kemanusiaan hendak
dipolitikkan juga. Inilah tanda kebodohan melampau yang wujud hasil didikan
politik kebencian.
Ingatlah, kalaupun berlainan fahaman
politik, kita tetap ada hubungan bangsa, agama, negara dan setidak-tidaknya
kemanusiaan.
Fikirkan perkara baik-baik kerana kebaikan
itu akan kembali kepada kita. Sebaliknya, jika selalu fikirkan perkara buruk
dan berniat jahat, maka keburukan itu akan kembali kepada kita suatu hari
nanti.
Untuk bahagia dan tenang dalam kehidupan
pastikan hati sentiasa bersih. Jangan ada rasa benci, dendam dan bersangka
buruk.
No comments:
Post a Comment