Friday, 30 December 2022

MEMBONGKAR SALASILAH RAJA MELEWAR

  
Salasilah keturunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan berasal dari Pagaruyung, Sumatera, Indonesia. Raja Melewar atau nama penuh Raja Mahmud ibni Sultan Abdul Jalil adalah pengasah kesultanan Melayu Negeri Sembilan bermula tahun 1773. Sebelum itu, Negeri Sembilan berada di bawah penguasaan kesultanan Johor. Pelantikan Raja Melewar adalah di bawah perkenan raja Johor ketika itu.

Dalam salasilah Raja Melewar ada satu jurai Tengku Jaafar dan Tengku Sulung. Bagaimanpun, tidak ada maklumat lanjut tentang keturunan Tengku Jaafar dan Tengku Sulung seterusnya.
 
Namun, misteri generasi keturunan Tengku Jaafar dan Tengku Sulung sedikit terbongkar dengan penemuan batu nisan di halaman rumah Uwan Piah di Kampung Tanah Datar Gadong.
 
Nisan yang ditemui adalah jenis nisan Batu Aceh. Batu Aceh ialah sejenis batu nisan, berasal dari Aceh, Sumatera Utara. Ia digunakan untuk menandakan makam raja dan kaum kerabat, serta pembesar negeri pada zaman dahulu.
 
Difahamkan, sebanyak 400 makam orang Islam ditandakan dengan batu nisan Aceh di negara ini dan yang tertua dijumpai di Sayong Pinang bertarikh 856H (1452-1453M).

Berdasarkan kepada penemuan nisan Batu Aceh di Kampung Tanah Datar Gadong, timbul persoalan tentang ia menandakan makam siapa?
 
Dilusuri sejarah Uwan Piah, dia adalah anak kepada pasangan Jaafar (ayah) dan Sulung (ibu). Uwan Piah ada tujuh adik beradik. Yang tua bernama Lanjung (Anjung) yang juga digelar Uwan Aruh. Yang kedua ialah Sakiyah, ketiga Piah (Safiah).
 
Manakala yang keempat Meja (Uwan Anjang). Kelima Hawa (Uwan Teh), keenam Hussein (yang berkahwin dengan orang Mungkal) dan ayah kepada Aji (Datuk Samsura Pahlawan, salah seorang Lembaga Tiang Balai Nan Berempat) dan suami kepada Induk Limah. Yang paling bongsu ialah Bedah (Uwan Cu).
 
Tiada penyataan rasmi mengenai status pasangan Jaafar dan Sulung ini sama ada ia adalah pasangan diraja Tengku Jaafar dan Tengku Sulung. Adakah ia hanya satu kebetulan nama pasangan sama?
 
Namun, penemuan nisan Batu Aceh di Kampung Tanah Datar Gadong secara tidak langsung membuka sedikit misteri mengenainya. Pakar sejarah wajar mengkaji untuk merungkai tentang keberadaan nisan Batu Aceh tersebut.
 
Salah satu jurai keturunan Jafaar dan Sulung adalah melalui anak bongsunya, Bedah. Bedah berkahwin dengan Maarof. Salah seorang anaknya adalah Abu Mansor. Salah seorang anak Abu Mansor adalah Muzapar.
 
Muzapar bertugas sebagai pegawai tentera dalam Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkat Lt Kolonel dan kini bertugas di Rejimen 508 Askar Wataniah (Rej 508 AW), Seremban.

No comments:

Post a Comment