Para ulama dan pakar
psikologi bersetuju keadaan lapar yang kawal dengan baik dapat melatih diri menghadapi
cabaran hidup. Secara psikologi, menurut Al-Ghazali, kebiasaan melaparkan diri
berfaedah untuk mengurangi keinginan kepada kebendaan. Orang yang terbiasa
makan sedikit akan puas dengan kehidupan yang sederhana.
Dari kesederhanaan dalam soal makanan, ia akan turut terikut dalam soal lain seperti pakaian, rumah, kenderaan, dan hajat-hajat hidup lainnya. Sudah terbukti bahawa orang yang hidup sederhana jauh lebih bahagia dari orang yang hidup mewah.

Secara tuntasnya, penyebab
kehancuran manusia ialah kerakusannya terhadap kesenangan dunia. Kerakusan
terhadap dunia disebabkan oleh syahwat kemaluan dan syahwat perut.
Bersamaan dengan kebiasaan
hidup bersahaja, kita mempunyai peluang untuk memberikan kelebihan harta untuk
membantu kaum lemah fakir miskin dan anak-anak yatim.
Semua agama sepakat, kita hanya dapat mendekati Tuhan dan menyempurnakan perjalanan rohaniah kita dengan memberi, berkongsi dan berkhidmat kepada sesama.
Semua agama sepakat, kita hanya dapat mendekati Tuhan dan menyempurnakan perjalanan rohaniah kita dengan memberi, berkongsi dan berkhidmat kepada sesama.
Pada satu sisi, lapar
mendorong perbuatan baik. Pada sisi lain, lapar mematikan keinginan untuk
berbuat maksiat dan mengalahkan nafsu amarah.
Dalam keadaan kenyang, kita punya kekuatan untuk melakukan kemaksiatan. Makan dan minum adalah tenaga yang menggerakkan dua syahwat yang berbahaya, iaitu syahwat kemaluan dan syahwat bicara.
Dalam keadaan kenyang, kita punya kekuatan untuk melakukan kemaksiatan. Makan dan minum adalah tenaga yang menggerakkan dua syahwat yang berbahaya, iaitu syahwat kemaluan dan syahwat bicara.
Pada saat yang sama perut
lapar dapat mendorong kita untuk mengurangi tidur dan membiasakan jaga. Kurang
tidur sering dipraktikkan orang untuk mempertajam pengalaman rohaniah. Dengan
perut lapar, kita mudah bangun tengah malam.
Dahulu, kalau para guru
sufi menyajikan makanan untuk para muridnya, mereka berkata, “Jangan berikan
ilmu kepada perut-perut yang kenyang, kerana mereka akan mengubahnya menjadi
mimpi. Jangan berikan sajadah kepada mereka, kerana mereka akan mengubahnya
menjadi alas tidur.”
Imam Ghazali berkata bahawa
menahan lapar mengandungi banyak manfaat. Antaranya mudah memperoleh kebersihan
hati, menjadi cerdas dan terbuka mata hatinya. Sebaliknya, apabila seseorang
itu makan kenyang, Ia akan malas dan cahaya hatinya akan hilang. Otaknya
dikuasai sejenis demam yang mempengaruhi hatinya. Fikirannya menjadi lemah.
Bahkan jika seorang kanak-kanak biasa makan kenyang, daya ingatnya akan menjadi
lemah dan otaknya akan tumpul.
Abu Sulaiman Darani
berkata, "Biasakanlah menahan lapar, kerana dengan menahan lapar, nafsumu
akan terkawal, hatimu menjadi lembut dan ilmu langit akan didapat.".
No comments:
Post a Comment