“Ia” adalah kata ganti nama
diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Penggunaan "ia" menggantikan benda/subjek (bukan binatang) yang dibicarakan
adalah sama seperti penggunaan it
dalam bahasa Inggeris yang merujuk kepada benda/subjek yang dibicarakan.
"Ia" boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara.
"Ia" tidak boleh
digunakan untuk binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya;
Kucing itu..
Pembentukan kata “ianya” salah kerana “ia” dan “nya” kedua-duanya kata ganti nama diri ketiga dan tidak boleh
dibentuk menjadi satu perkataan.
No comments:
Post a Comment