Kes orang Islam terpaksa mendapat perlindungan atau tempat tinggal di rumah ibadat agama lain amat menyedihkan. Mengapa mereka tidak berteduh sementara waktu di masjid? Mengapa dilarang tidur dalam masjid?
Bilangan masjid di negara kita banyak. Keadaan cukup gah. Bangunan besar dan
luar. Kawasan sekitar juga luas. Kawasan tandas dibina berasingan yang agak
selesa.
Namun, sukar untuk ditemui masjid yang
turut menyediakan ruang untuk musafir beristirahat dan bermalam. Jauh sama
sekali untuk diadakan tempat untuk tempat tinggal sementara kepada yang
memerlukannya.
Malah, kita sering terpandang tulisan
'Dilarang Tidur Dalam Masjid'. Masjid menjadi sunyi tanpa penghuni apabila
berakhir waktu sembahyang Isyak atau aktiviti keagamaan yang dilakukan di
masjid. Tidak hairan jika masjid jadi sasaran pencuri.
Tidak ada tegahan di dalam masjid dijadikan
tempat tidur, terutama kepada musafir. Lebih elok jika disediakan sudut tempat
tidur yang khusus. Manakala bilik dan ruang khusus untuk orang tiada kediaman
patut disediakan. Itulah yang disediakan di tempat ibadat agama lain.
Rasulullah SAW pernah menyediakan tempat
tinggal sementara di pekarangan masjid bagi sekelompok sahabat yang tidak
berwaris dan tidak mempunyai tempat tinggal.
Gambar - sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment