Allah tidak membeza-bezakan hamba-Nya
berdasarkan pangkat. Namun apa yang dinilai ialah ketakwaan.
Ini jelas termaktub di dalam al Quran. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Surah Al-Hujurat, ayat 13).
Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW. Sabda Nabi SAW bermaksud: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)
Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat takwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.
Pendek kata, takwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang kafir dan mensyirikkan Allah itu menjadi orang yang bertakwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.
Raihlah sebanyak mungkin bekalan untuk akhirat tanpa perlu memikirkan kedudukan kita di dunia ini. Buatlah dengan ikhlas hanya kerana Allah. Ketika melakukan ibadat khusus, kita dihubungkan terus dengan Allah tanpa perlu kita memikirkan tentang orang di sekeliling, selagi kita tidak melakukan perkara yang ditegah.
Gambar sekadar hiasan

No comments:
Post a Comment