Sekarang ini boleh dikatakan semua pengguna
media sosial menjadi “pemberita”. Mereka sama ada menulis atau menerbitkan
sendiri berita dalam bentuk tulisan, gambar atau video, atau sekadar berkongsi
atau meneruskan apa-apa berita yang telah disediakan oleh pihak lain.
Tidak kisahlah sama ada menerbitkan sendiri atau sekadar berkongsi, pastikan ada tarikh diterbitkan atau peristiwa itu berlaku.
Tanpa tarikh, banyak berita benar akan diragui kebenaran atau ketepatan. Ia boleh menimbulkan salah tanggapan atau penerimaan khalayak mengenainya.
Perkara ini banyak terjadi dalam berita berkaitan politik. Berita lama diulang-ulang tanpa dinyatakan tarikh peristiwa itu. Biarpun berita itu betul, tetapi tanpa dinyatakan tarikh peristiwa tersebut, ia boleh menimbulkan banyak salah anggap atau kekeliruan.
Cuba baca tajuk berita ini; Hudud: PAS Tetap Kerjasama Dengan DAP Walaupun Berbeza Pendapat.
Tentu ramai akan mengatakan berita itu salah dan hanya propaganda semata-mata jika ia diulang tulis pada waktu sekarang tanpa dinyatakan tarikh berita itu.
Hakikatnya, ia adalah berita benar yang bertarikh 27 Julai 2012. Ketika itu berita itu boleh diterima oleh penyokong Pas kerana ia dikeluarkan oleh Setiausaha Agung PAS ketika itu iaitu Datuk Mustafa Ali.
Sebab itu amat penting sebarang bentuk berita, gambar atau rakaman perlu dinyatakan tarikhnya.
Manipulasi berita, gambar dan video sering dilakukan oleh mereka tidak bertanggungjawab. Contohnya video yang telah diterbitkan pada 10 Sept 2017 di YouTube telah dimuat naik di TikTok pada tahun ini yang tidak dinyatakan bila rakaman asal.
Ia berkaitan ucapan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengetuai kempen derma untuk membantu etnik Rohingya yang sedang ditindas di Rakhine, Myanmar. Ketika itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid memang Timbalan Perdana Menteri ketika Datuk Seri Najib Razak. Ketika itu apa yang diucapkan adalah “benar” dan “patut” berdasarkan kepada situasi pada ketika itu.
Tetapi, klip video di TikTok memberi gambaran sebaliknya kerana keadaan dan suasana telah berbeza.
https://www.youtube.com/watch?v=_GTwAwkc3Y8

No comments:
Post a Comment