Monday, 27 March 2023

CARA LARISKAN JUALAN

 
Kalau berniaga, tidak kisahlah kecil atau besar, bermusim atau sepanjang masa, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah membuat iklan. Sekarang ini tidak sukar untuk membuat iklan. Tidak perlu kos dan kemahiran tinggi untuk membuat iklan.

Kalau berniaga untuk barangan atau perkhidmatan masyarakat setempat, sudah memadai membuat iklan di media sosial, terutamanya di Kumpulan WhatsApps.

Pun begitu, iklan yang dibuat perlu mengandungi hal-hal berkaitan dengan operasi perniagaan tersebut, contohnya tempat operasi, jenis barangan atau perkhidmatan, masa operasi, nombor untuk dihubungi dan maklumat yang lain untuk membantu bakal pembeli berminat untuk membeli atau mengguna perkhidmatan yang ditawarkan.  

Definisi iklan: pemberitahuan kepada orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yang besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan untuk iklan; beriklan mempunyai iklan: halaman iklan; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kepada umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dalam surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yang diiklankan dalam surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yang berkaitan dengan iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia iklan Malaysia; kakitangan yang bekerja di bahagian iklan tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: iklan keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yang mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

No comments:

Post a Comment