Tuesday, 25 April 2023

CARA HILANG BAU HANYIR IKAN SUNGAI

 
Ikan sungai juga dikenali dengan panggilan ikan darat atau ikan air tawar. Kebanyakan jenis ikan sungai mempunyai bau hanyir lebih berbanding ikan laut. Selain itu ikan sungai juga mempunyai banyak lendir.
 
Ada beberapa cara untuk menghilangkan bau hanyir dan membuang lendir pada ikan sungai.
 
Garam
Basuh ikan sungai menggunakan garam dapat menghilangkan bau dan lendir. Kemudian bilas dengan air biasa. Jika direndam atau dibiarkan lama akan menyebabkan isi ikan menjadi masim. Lainlah jika memang ingin isi ikan itu berasa masim.
 
Perahan limau kasturi
Rendam ikan yang telah disiangkan ke dalam air perahan limau kasturi. Bukan setakat bau hanyir, lendir dari ikan pun mudah untuk dihilangkan!
 
Air basuhan beras
Air basuhan beras boleh diguna untuk mencuci dan menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan air tawar.
 
Cuka
Anda hanya perlu campurkan sedikit cuka dalam air dan rendamkan ikan selama beberapa minit. Selepas itu, cuci ikan dengan bersih untuk hilangkan bau cuka. 
 
Jus lemon
Hanya titiskan sedikit jus lemon ke atas ikan. Anda boleh juga gunakan limau purut untuk teknik ini. Biarkan seketika kemudian basuh bersih ikan sebelum dimasak atau langkah penyediaan memasak seterusnya. 
 
Dau serai
Potong daun serai pendek-pendek. Ramaskan daun serai dan gaulkan pada ikan. Lebih berkesan jika direndamkan seketika sebelum membilas seperti biasa. Daun serai dapat menghilangkan bau hanyir ikan kerana ia mempunyai tekstur yang kasar serta aroma yang wangi.
 
Daun jambu batu
Salah satu petua lain adalah dengan menggunakan daun jambu batu. Ramas daun jambu batu dan lumurkan pada seluruh ikan. Dengan ini, bau hanyir dan lendir akan hilang.
 
Asam jawa
Ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan. Perapkan beberapa minit sebelum bilas bersih ikan.
 
Halia
Halia dikatakan bukan sahaja boleh menghilangkan bau hanyir ikan, malah membuang toksin yang ada pada ikan. Anda perlu cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit dan bilas bersih.
 
Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment