Thursday, 13 April 2023

TEKANAN PERASAAN SELEPAS BERSALIN PUNCA MEROYAN

 
Wanita selepas bersalin perlu mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan gangguan emosi dengan beberapa langkah. Dapatkan kumpulan sokongan seperti ahli keluarga, rakan-rakan kumpulan sokongan penyusuan.
 
Jangan ambil mudah pergolakan emosi yang disebabkan oleh pelbagai faktor iaitu persekitaran dan perubahan hormon di dalam diri ibu selepas bersalin.
 
Penurunan hormon estrogen, progesteron dan tiroid boleh menyebabkan perubahan psikologi yang boleh mencetuskan keadaan yang dikenali sebagai meroyan.
 
Tambahan pula jika kehamilan tersebut tidak dirancang atau ibu mengalami tekanan emosi yang berlebihan, perubahan psikologi yang tidak sihat ini boleh berlaku.
 
Adalah dinasihatkan sesiapa yang mempunyai ahli keluarga mengalami tekanan perasaan agar mendapatkan bantuan pihak tertentu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
 
Berikut fakta berkaitan tekanan perasaan selepas bersalin atau postpartum depression:
- Kira-kira 13 peratus daripada ibu-ibu mengalami postpartum depression lebih dari dua minggu sehingga setahun selepas kelahiran.
- Simptomnya ialah rasa bersalah, tertekan, kurang selera makan, murung, sukar tidur atau terlebih tidur, cubaan membunuh diri/anak, kurang selera makan dan keletihan.
- Ia boleh berpanjangan sekiranya tidak dirawat segera.
- Meroyan jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk iaitu postpartum psychosis.
- Seramai 0.01 peratus daripada ibu mengalaminya dalam tempoh tiga bulan pertama selepas bersalin.
- Ibu yang mengalami postpartum psychosis akan mengalami halusinasi, melakukan perbuatan yang luar daripada kebiasaan, memiliki pergerakan yang terbatas serta penglihatan yang kabur.
- Perubahan emosi yang ketara ini kerap bagi pesakit gangguan bipolar, skizofrenia atau gangguan psikiatri yang lain.
- Pada tahap yang teruk, ia dirujuk sebagai kes kecemasan bagi psikiatri dan perlu rawatan dan pantauan pakar.
- Ibu yang mempunyai sejarah ibu atau adik beradik perempuan mengalami postpartum psychosis berisiko tinggi mengalami masalah ini.
- Wanita yang pernah meroyan pada kelahiran bayi sebelum ini berisiko mengalaminya ketika kelahiran seterusnya.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment