Friday, 21 July 2023

DAHAN DURIAN SEKAH BUAH BELUM MASAK

 
Suka melihat buah durian di dahan menunggu gugur. Banyak yang nampak seperti tidak sabar hendak gugur.
 
Durian biasanya banyak gugur pada waktu malam. Pukul dua hingga empat pagi. Masa tu sejuk dan getah pada tangkai “beku” dan kurang melekat. Jadi ia mudah tanggal dari bahagian dahan.
 
Durian lebih mudah gugur jika hari hujan dan ribut. Memang jumlah gururnya lebih banyak berbanding biasa.
 
Namun, jika hujan terlalu lebat dan ribut yang kuat, memang rungsing. Risiko dahan sekah atau patah memang tinggi. Buah yang belum matang atau masak tidak akan gugur biarpun ribut. Ia terus meletak pada dahan.
 
Buah akan jatuh bersama dahan yang sekah. Durian yang jatuh itu jika sudah matang bolehlah diperam. Atau terus dibelah dan dimakan isi yang ‘mekar’ hampir masak.
 
Masalahnya jika isinya belum “penuh” atau Belum matang. Kalau begitu, durian itu dibuang begitu sahaja. Tidak sesuai untuk dimakan, melainkan jika ada yang terasa sangat hendak makan durian yang isinya masih kecil atau tidak penuh.

No comments:

Post a Comment