Tunku Puan Sri Dato’ Noor Hayati
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tengku Puan Temenggong Kelantan yang juga
merupakan Pengasas Yayasan Noor Al Syakur (YANAS) telah perkenan untuk
berangkat ke Pondok Tahfiz Raudhatul Al Solihin di Kampung Bukit, Wakaf Bharu.
Turut serta bersama rombongan adalah Rakan
Strategik YANAS iaitu Halo Delivery (syarikat perkhidmatan penghantaran) yang
diwakili pengarahnya, Jalluddin Abu Hassan.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh
barisan pengurusan pondok tahfiz dan pelajar yang diketuai oleh mudirnya, Ustaz
Mohd Nasir Mamat, Mohd Rusli Abdullah (ADUN Wakaf Bharu) serta penghulu Kampung
Bukit, Abdul Aziz Bin Ghazali.
Pondok tahfiz ini dibina pada tahun 2020
dengan jumlah pelajar pada ketika itu seramai 8 orang dan kini telah bertambah
kepada 23 orang pelajar termasuk anak yatim.
Tengku Puan Temenggong Kelantan telah
berkenan menyempurnakan sumbangan kepada pembangunan tahfiz dan pelajar.
No comments:
Post a Comment