Saturday, 23 November 2024

SOKOR KAWASAN PENGELUAR EMAS DI KELANTAN

 
Niche Capital Emas Holdings Berhad (Nice) pada 14 November 2024 telah mengumumkan kejayaan syarikat tersebut menghasilkan jongkong emas pertama dari loji pemprosesan emas miliknya di lombong emas Sokor utara di Kusial, Tanah Merah, Kelantan. Kejayaan tersebut adalah bukti kawasan perlombonan emas di Sokor memang ada sumber emas.
 
Sebenarnya, kawasan tanah di Sokor memang kaya dengan emas. Sebelum Nice beropeasi, sebuah syarikat dari China iaitu China Nonferrous Metal Mining (Group) Co. Ltd (CNMC) telah melakukan kerja-kerja perlombongan emas di Sokor bermula 2007 telah berjaya menghasilkan kira-kira 6.500 kilogram emas sepanjang 10 tahun beroperasi, selepas mencapai tuangan emas pertama pada 21 Julai 2010. Pengeluaran pada 2018 sahaja telah mencatatkan 892 kilogram.
 
CNMC merupakan sebuah konglomerat dari China yang terlibat dengan perlombongan emas di seluruh dunia. Untuk projek di Sokor, ia dijalankan oleh CNMC Goldmine Holdings Ltd yang beroperasi dari Singapura.
 
Sekarang, Nice yang disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur, pula diberikan hak cari gali emas di kawasan berkeluasan 1,831 hektar milik Kerajaan Kelantan di kawasan Hutan Simpan Kekal Sokor Taku di Daerah Ulu Kusial.
 
Secara pecahan, kawasan itu merangkumi Sokor Utara seluas 547 hektar, Sokor Tengah (373 hektar) dan Sokor Selatan (910 hektar).
 
 
Nice memulakan operasi cari gali di kawasan tersebut bermula pada tahun 2021, tetap kerja-kerja secara fizikal hanya berpula pada April 2024 di kawasan yang mana diberikan secara pajakan selama 12 tahun.
 
Jongkong emas pertama yang diperoleh Nice adalah hasil pengoperasian Loji Pemprosesan Emas Sokor Utara.
 
Dengan kejayaan menghasilkan jongkong emas pertama itu, Nice akan mula memasuki peringkat pengoptimuman operasi untuk mendapat hasil yang lebih. bagi tujuan itu, NIce dijangka akan mengoperasikan dua lagi loji, iaitu di kawasan tengah dan selatan pada tahun hadapan.
 
Mengikut keadaan semasa, Nice dijangkan mampu mendapat sekitar enam hingga 12 kilogram emas sebulan dan akan meningkat dari semasa ke semasa. Gred emas yang dihasilkan pula adalah bergantung kepada nisbah pemulihan dan tahap kecekapan kerja.

No comments:

Post a Comment