Friday 22 January 2021

TINDAKAN TEGAS TERHADAP GOLONGAN LGBT

Bahagian Agama Jabatan Perdana Menteri sedang dalam proses meminda Akta 355 bagi mempertingkatkan hukuman atas kesalahan membabitkan golongan lesbian, gay, bisexsual dan transgender (LGBT).

Hukuman sedia ada dengan hukuman penjara sehingga tiga tahun, enam kali sebatan dan denda dilihat ringan.

Agensi agama dan jabatan agama negeri sepatutnya mempertingkatkan penguatkuasaan dengan mengambil tindakan tegas terhadap golongan berkenaan.

Ianya membabitkan tindakan ke atas individu yang berpakaian kurang sopan, bertentangan adat, bercanggah dan bercanggah dengan enakmen jenayah syariah di negeri-negeri

Ketegasan ini disuarakan susulan tiada ketegasan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

Golongan LGBT melakukan perkara luar tabie untuk puas nafsu sarakah dan ghairah tidak menentu. 

Tindakan tidak normal dan cuba mencabar kejadian Allah yang telah menetapkan aturan dan cara terbaik untuk memuaskan nafsu secara murni dan mendatangkan kebaikan kepada pelakunya, keluarga, masyarakat dan seluruh alam ini.

Justeru itu, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay.

Sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

Untuk menghalang daripada amalan ini merebak di negara kita, antara langkah yang perlu diambil ialah menolak mana-mana pemimpin yang memperjuangkan hak golongan ini. 

Pemimpin itu perlu dijauhi, tidak melakukan kerjasama atau apa-apa hubungan, termasuk dalam hal-hal lain.

Jika individu menyokong perjuangan golongan LGBT diangkat menjadi pemimpin, bermakna turut menyokong atau bersetongkol dengan perjuangan mereka. Sesungguhnya bala besar bakal menimpa negara jika LGBT diterima sebagai satu amalan. 

Amalan LGBT yang semakin diterima di Barat, sama sekali tidak sesuai untuk rakyat Malaysia yang beragama Islam, mahupun bukan Islam.

Nilai-nilai Timur yang diamalkan dalam kehidupan rakyat Malaysia menolak amalan songsang LGBT. Maka itu, sesiapa yang membawa atau ingin mengamalkan amalan LGBT perlu ditolak sama. 

Perihal sikap manusia melawan tabie kejadian ini berlaku pada zaman Nabi Lut. Kisah gay ada diceritakan dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: "Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.”(Surah Asy-Syuaraa, ayat 165-166).

Ajakan Nabi Luth agar umatnya kembali kepada kehidupan yang benar ditolak oleh umatnya. Malah mereka perli Nabi Luth agar turut sama melakukan amalan penuh kepura-puraan itu.  

Sebagai balasan, umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan bumi lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi.

Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

Kita harapkan tidak ada pihak mengamalkan seks songsang ini dan tidak ada pula yang menjadi penyokong mereka. Sesungguhnya amat pedih balasan daripada Allah SWT terhadap mereka yang ingkar kepada perintah dan syariat yang telah ditetapkan agama kepada seluruh manusia. 

Mengapa kita memilih jalan hidup yang salah, sedangkan yang benar itu lebih baik dan mengelak keburukan. Hanya orang gila dan hilang panduan hidup yang mengamalkan perkara buruk, sedangkan perkara baik ada terhidang untuk dilakukan.

 

No comments:

Post a Comment