Saturday 30 January 2021

CARA MUDAH HALAU KUCING

Banyak orang suka akan kucing. Binatang paling diminati dan banyak dipeliharan sebagai binatang peneman. Sikap manja dan pelbagai aksi dipamerkan menjadikan kucing sering mendapat fokus lansa kamera, tambah-tambah lagi ketika era teknologi kamera yang gabungkan dengan telefon pintar.

Namun, bagi yang tidak gemarkan haiwan ini, pelbagai petua dibuat untuk memastikan si kucing tidak menjengah atau lepak di kawasan kediaman mereka.

Lebih geram lagi, jika kedatangan kucing-kucing luar ini memberi pengalaman kurang baik kepada mereka apabila si kucing meninggalkan 'hadiah' yang kurang menyenangkan.

Ironinya, semakin dihalau semakin kerap pula si kucing ini datang melepak. Dan dari situ timbullah idea untuk menakutkan kucing-kucing ini dengan meletakkan botol air di sekitar halaman rumah.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan kucing ini menjengah ke tempat menjadi kegemarannya.

Ada yang mengisi botol dengan air putih atau air kosong. Tidak kurang juga menggunakn warna merah atau sirap. Tidak kurang juga menggunakan warna hijau dan sebagainya.

Kononnya, tindakan itu akan menakutkan kucing datang ke tempat itu.

Petua itu dikatakan banyak diamalkan di Jepun dan merebak ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.

Namun, banyak orang mencubanya mendapati kesan sebaliknya. Botol yang dikatakan akan menakutkan kucing itu, menjadi mainan kucing pula.

Entahlah cara mana yang paling sesuai. Sebab itu, ada yang menggunakan kaedah paling kuno untuk menakutkan kucing iaitu dengan cara memukul atau menakut-nakut kucing agar tidak datang ke rumah mereka. Cara itu nampak zalim, namun diakui berkesan.


No comments:

Post a Comment