Kelapa muda biasa dikaitkan dengan airnya. Air kelapa memang terkenal
dan diminati ramail
Selain rasanya yang sedap, air kelapa muda menjadi pilihan kerana
dipercayai kaya khasiat dan memulihkan tenaga dengan cepan.
Di kampung, kelapa muda biasa dipanjat bukan sahaja untuk airnya.
Ada orang ambil kelapa muda kerana ingin menikmati isinya yang masih lembut.
Rasa kelapa muda memang enak. Isinya dari yang masih 'hingus'
hinggalah agak keras sedikit.
Menariknya, cara hendak asingkan isi kelapa muda dari tempurung
ialah menggunakan sudu kelapa yang dibuat dari sabut buah kelapa itu sendiri.
Sedikit bahagian tampuk (bahagian bawah) yang sedikit timbul dipotong
menjadi seperti sudu. Itulah kreatif orang dahulu menggunakan apa sahaja yang diadakan
di sekeliling.
Jadi, naik kelapa muda di kebun ataupun di kawasan berhampiran
dengan kawasan rumah, tidak perlu dicari sudu untuk makan isi kelapa muda.
No comments:
Post a Comment