Jering terkenal di Malaysia. Penggemar jering terdiri pelbagai
bangsa. Di kalangan orang Melayu, jering
dipelbagikan penggunaannya dari buah muda hinggakan yang sudah tua.
Jering
mempunyai rasa yang pahit dan berbau. Ini menyebabkan golongan muda kurang
menyukainya. Malah ia turut menyebab bau busuk pada najis lebih daripada biasa,
tetapi tidak seteruk kesan makan petai. Selain itu kesan makan jering juga
menyebabkan air kencing yang berbau hancing kuat.
Jering
yang dipilih untuk dijadikan ulam biasanya yang masih muda. Isinya
lembut dan mudah untuk dikenyah. Isu buahnya menjadi keras apabila
semakin tua.
Jika
buah tua terus dibiarkan, ia akan merengkah atau terbuka yang menyebabkan
isinya terjatuh tetapi kulitnya, terutama bahagian tangkai akan terus kekal di
ranting atau dahan pokok. Mungkin itu sebabnya dikatakan peribahasa
tangkai jering.
Buah
jering yang telah tua tidak sesuai dijadikan ulam kerana telah keras, kecuali
mereka yang memiliki gigi yang kuat dan inginkan cabaran memakan jering.
Namun,
peminat jering masih berpeluang memakan jering tua dengan cara 'relung' atau
menyimpan atau meletakkan isi buah jering di dalam pasir atau tanah yang
basah.
Buah
itu akan mengembang untuk bercambah dan ketika itu isinya menjadi lebih lembut
dan sesuai untuk dijadikan ulam.
Ia
juga sebahagian proses untuk menyimpan agar isi jering boleh disimpan
lama. Jering relung boleh dibiarkan berada di
dalam pasir sehingga anak pokok jering mula tumbuh.
Selain
itu, isi jering yang tua juga direbus. Biasanya untuk merebus jering tua
mengambil masa yang lama.
Proses
merebusnya juga ada petua yang perlu diikuti seperti dicampurkan sama dengan
abu, akar kelapa, besi dan pelbagai tambahan lain.
Ini
dikatakan untuk mengelak pemakannya terkena masalah untuk
kencing. Secara teori sains, tujuan dimasukkan bahan-bahan itu untuk
proses osmosis di mana kandungan kimia di dalam buah jering itu 'ditarik'
keluar dan menjadikan ia lembut dan kurang berbau, selain mengurangkan kesan
'racun' yang terdapat di dalamnya.
Buah
jering rebus sedap dimakan bersama kelapa muda parut yang dicampurkan dengan
gula dan sedikit garam.
Dari
segi perubatan pula, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang
memberi rangsangan untuk membuang air kecil.
Bagi
pesakit penyakit kencing manis pula, jering boleh menjadi penawar yang
berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana
kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.
Jering
dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid yang
menyebabkan keracunan. Ia menyebabkan "sakit mencucuk/berdenyut (spasmodic
pain), penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut. Keadaan ini
dapat diatasi dengan cara merebus yang dinyatakan di atas.
Kenapa
jering berbau tidak menyenangkan? Seperti petai yang mempunyai bau yang kuat,
penyebab bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji
jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur
(S).
No comments:
Post a Comment