Setiap manusia ada kekurangan diri.
Namun, tidak ramai orang melihat kekurangan diri sendiri, sebaliknya suka
mencari dan menceritakan kelemahan orang lain.
Kita suka memperkatakan keburukan
orang, tetapi tidak suka dan meleting jika kelemaan kita diperkatakan oleh
orang lain.
Setiap keburukan mesti diperbaiki.
Permulaan untuk berubah kepada lebih baik ialah menilai atau melihat kekurangan diri. Apabila sedar kelemahan diri, maka
mudah untuk kita memperbaikinya.
Tidak dinafikan, amat sukar kita
mencari dan menerima kelemahan diri. Tetapi, itulah hakikatnya. Walaupun pahit, itu adalah lebih baik kerana bermuhasabah dapat membersihkan
diri daripada kejahilan serta dosa.
Orang yang beruntung adalah yang
sentiasa membuat pembetulan supaya dapat memperbaiki kecelaan diri dan
menjadikannya mukmin lebih baik.
Imam al-Ghazali berkata, "Barang
siapa yang sering bermuhasabah pada dirinya, nescaya dia akan temui keringanan
pada hari akhirat kelak."
Muhasabah adalah perkara baik namun
tidak disukai kerana kebanyakan manusia tidak suka untuk menilai dan melihat
kekurangan diri sendiri.
Sikap angkuh dan berasa diri lebih
baik menyebabkan kita tidak sedar keburukan yang dilakukan. Semakin diri berasa
angkuh, lebih banyak keburukan dilakukan.
Muhasabah umpama ubat yang pahit,
tidak enak namun ia adalah penawar yang mengubati seribu satu penyakit. Biar
kita menelan kepahitan itu daripada keburukan terus menjadi racun dalam diri.
Sungguhpun menilai diri bukan sesuatu
yang menyeronokkan, tetapi orang yang sering bermuhasabah akan dapat
membersihkan diri daripada kejahilan, dosa dan noda.
Apa sahaja keburuk terus ditinggalkan
sebelum semakin parah. Manakala kelemahan diperbaiki untuk menjadi lebih baik dan
kuat.
Di akhirat nanti, semua amalan kita akan
diperlihatkan atau diberi pembalasan, tidak kira besar mahupun kecil. Maka berhati-hatilah
dengan kesalahan kecil yang jika dikumpul akan tetap menjadi besar.
No comments:
Post a Comment