Mesyuarat adalah perundingan untuk
membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan dalam perkara atau hal
yang dibincangan atau dirundingkan. Mesyuarat atau musyawarah melibatkan
perbincangan dalam kelompok atau pihak luar.
Tujuan mesyuarat adalah untuk mencapai
beberapa objektif utama bergantung kepada konteks dan jenis mesyuarat.
Antara tujuan utama mesyuarat adalah untuk
membuat keputusan dalam perkara yang dirundingkan atau dibincangkan. Keputusan
bersama atau majoriti diperlukan dalam melakukan sesuatu tindakan, meneruskan
atau menghentikan aktiviti yang akan dilakukan atau sedang berlaku.
Perkara ini menepati sistem amalan demokrasi
atau perkongsian kuasa yang masa setiap ahli mesyuarat mempunyai hak untuk menyuarakan
pendapat dan membuat keputusan.
Ketika perbincangan, satu usul, cadangan
atau pemakluman akan dinyatakan oleh pengerusi mesyuarat atau ahli mesyuarat,
dan kemudian perkara itu akan dibincangkan sebelum dibuat keputusan.
Dalam banyak kes, ada usul, cadangan atau
pemakluman sudah dianggap sebagai keputusan mesyuarat biarpun ia tidak
dibincangkan, melainkan ada bantahan, yang kemudian membawa kepada perbincangan
dan seterusnya “undi” kepada perkara itu untuk dianggap satu keputusan.
Perbincangan dibuat untuk mengenal pasti
isu dan mencari penyelesaian yang terbaik secara kolektif. Seterusnya
berdasarkan perbincangan tersebut membawa pula kepada perancangan langkah
strategik untuk mencapai objektif tertentu.
Mesyuarat juga bertujuan untuk menyampaikan
maklumat terkini, perkembangan projek, atau keputusan penting kepada ahli
pasukan. Melalui pemakluman tersebut, mungkin satu perubahan baharu perlu
dilakukan atau dirancang bagi memastikan perjalanan projek berjalan lancar dan
mencapai matlamat.
Seterusnya, mesyuarat dapat menyelaraskan
tugas dan memastikan semua ahli pasukan berada pada landasan yang sama.
Sebarang kelemahan dapat diambil tindakan untuk memperbetulkan agar ia tidak
tersasar jauh sehingga boleh menggagalkan projek atau tugasan.
Dengan kata lain, mesyuarat juga bertujuan
untuk mengkaji kemajuan projek atau tugas untuk memastikan semuanya berjalan
lancar dan mengikut jadual atau apa yang perlu dilakukan.
.
Seterusnya, mesyuarat juga boleh dianggap sebagai satu “latihan” dan “pengukuhan” pengetahuan, maklumat dan pembangunan modal insan apabila perkongsian maklumat atau cadangan yang dikemukakan. Setiap ahli mesyuarat boleh mengambil maklum untuk menjadi lebih baik.
Akhirnya, mesyuarat dapat membangunkan dan
memupuk hubungan baik antara ahli organisasi atau pasukan melalui perbincangan
dan interaksi sepanjang mesyuarat berlangsung. Mesyuarat biasanya menemukan
pihak-pihak yang sebelum itu belum pernah bertemu atau mengenali.
.
Seterusnya, mesyuarat juga boleh dianggap sebagai satu “latihan” dan “pengukuhan” pengetahuan, maklumat dan pembangunan modal insan apabila perkongsian maklumat atau cadangan yang dikemukakan. Setiap ahli mesyuarat boleh mengambil maklum untuk menjadi lebih baik.
No comments:
Post a Comment