Membantu ibu bapa adalah menjadi keutamaan anak-anak sebelum
sedekah itu dipanjangkan kepada orang lain mahupun institusi tertentu.
Sementara bersedekah kepada kaum
kerabat atau ahli keluarga terdekat jatuh di tempat kedua dan diikuti dengan
anak yatim.
Manakala seterusnya ialah orang miskin dan terakhir ialah
bersedekah kepada mereka yang bermusafir.
Firman Allah dalam Surah al-Israk
ayat 26: “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir
akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan
boros yang melampau.”
Jelas, turutan keutamaan memberikan sedekah mahupun bantuan kepada
kaum kerabat disebut dalam ayat ini.
Pun begitu, itu bukan bermaksud, tidak boleh bersedekah untuk
masjid atau mana-mana institusi. Islam tidak pernah melarangnya, bahkan digalakan.
Cuma apa dijelaskan ialah keutamaan yang perlu diberikan perhatian
agar kita tidak alpa dengan tanggungjawab terutama kepada keluarga dan kerabat.
Sebelum 'berulang alik' ke Makkah melakukan umrah, elok lebih dahulu
bertanya atau menyelidik keperluan sanak saudara yang amat memerlukan bantuan.
Kos yang dibelanjakan untuk menunaikan umrah itu mungkin boleh diserahkan
kepada sanak saudara yang memberi kesan besar membebaskan mereka dari kesusahan.
Mungkin ada sanak saudara kita tidak mendapat rawatan penyakit berbahaya
kerana tidak mempunyai wang. Atau ada anak saudara kita tidak melanjutkan pelajaran
ke pusat pengajian tinggi kerana tidak mampu menyediakan sejumlah wang untuk mendaftar.
Elok diutamakan
kepada membantu mereka itu berbanding melakukan ibadat sunat. Membantu saudara yang
memerlukan bantuan adalah wajib jika kita berkemampuan.
No comments:
Post a Comment