Baitulmuqaddis adalah satu
daripada tiga tempat suci buat umat Islam. Ia juga dikenali dengan gelaran
al-Quds As-Sharif (tempat yang suci).
Dalam isu mempertahan Baitulmuqaddis mempunyai hubungan langsung dengan kecintaan dan komitmen kita
terhadapnya.
Perlu
diketahui bahawa kesucian bandar ini menurut Islam adalah pada realiti sejarah
keagamaan. Bandar ini menjadi saksi kepada kehidupan dan kerja-kerja para
nabi serta utusan Allah SWT. Di situ jugalah mereka menerima wahyu Allah.
Berdasarkan
status agama dan teologi, Baitulmuqaddis menduduki tempat sangat istimewa dalam
kehidupan Nabi Muhammad SAW. Di sinilah kiblat pertama umat Islam dan Baginda
berdiri mengerjakan solat menghadap ke arahnya sebelum Kaabah di Masjidilharam.
Malahan,
di sini jugalah tempat terakhir perjalanan Israk Rasulullah SAW sebelum naik ke
langit (Mikraj).
Firman
Allah maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya pada malam
hari dari Masjidilharam ke Masjidil Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya,
untuk diperlihat kepadanya tanda kekuasaan Kami. Sesungguhnya Allah Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui,” (Surah al-Israk, ayat1).
Selepas
melalui semua peristiwa ini, Nabi Muhammad SAW kembali ke Mekah. Peristiwa yang
penuh dengan tanda-tanda dan petunjuk yang menakjubkan itu sehingga ramai
pemikir Islam, pengkaji mistik dan penyair membuat pelbagai tafsiran.
Satu kesimpulan yang penting ialah Baitulmuqaddis menjadi contoh kepada
ketaatan dan hubungan iman setiap Muslim.
Semua umat
Islam perlu bersatu suara dan tegas memastikan bumi Baitulmuqaddis terus
terpelihara.
Tindakan menceroboh bumi Baitulmuqaddis
merupakan suatu bentuk rampasan serta jajahan yang mencabul hak kemanusiaan. Kini
ia bukan lagi menjadi perjuangan rakyat Palestin tetapi menjadi tanggungjawab
semua umat Islam seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment