Saturday, 17 February 2018

AKIBAT PAKAI CINCIN SALAH TEMPAT

Macam-macam kisah berlaku. Pelik dan melucukan. Terbaru kisah salah tempat pakai cincin. Umum kita mengetahui cincin dipakai di jari. Tidak kisahlah jari mana hendak dipakaikan cincin itu, asalkan bukan ibu jari. Biasanya orang pakai di jari manis.

Namun dalam kes terbaru ini lain sangat tempat dipakaikan cincin. Seorang lelaki warga Indonesia memakai cincin di kemaluannya. Bukan satu, tetapi dua!

Dia terpaksa menahan sakit beberapa jam selepas dua cincin besi yang dipakai pada kemaluannya itu tersekat sehinga menyebabkan bahagian tersebut membengkak.

Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Melaka bagaimanapun terpaksa menunggu bantuan pihak bomba selepas alat tersebut gagal ditanggalkan oleh pasukan perubatan.

Pihak bomba menggunakan pemotong khas dinamakan 'Rescue Ring Cutter' bagi memotong dua cincin besi tersebut.

Kes cincin melekat pada kemaluan bukan kali pertama berlaku. Sudah berpuluh kes dalam tempoh dua tahun.

Tidak perlu nak dicatatkan mengapa ada sanggup berbuat begitu, tetapi kepada yang ingin memakainya berhati-hatilah. Jangan sampai menerima nasib malang. Kata orang, tidak berbaloi. Sakit dapat, malu apa lagi.

No comments:

Post a Comment