Friday, 23 February 2018

DATARAN MUHAMMADI, MERCU TANDA TARIKAN DI KOTA BHARU


Dataran Muhammadi menjadi sebahagian daripada identiti yang beriringan dengan nama Masjid Muhammadi yang telah lama gah di Kota Bharu.

Projek yang siap 2017 membabitkan pembinaan 12 kios perniagaan, dua wakaf, satu pondok polis, tempat duduk dan ruang parkir kenderaan jemaah serta bas pelancong.

Kawasan letak kenderaan yang luas memberi kemudahan kepada jemaah yang hadir ke Masjid Muhammad serta pengunjung ke Bazar Tengku Anis yang sering menjadi tumpuan pengunjung. Selain itu, ia memberi kemudahan selesa untuk rombongan pelancong yang menggunakan bas.

Dataran Muhammadi juga sering dijadikan sebagai tempat ceramah secara terbuka. Kawasan yang luas dan diterangi cahaya lampu memang amat sesuai untuk dijadikan tempat ceramah, mahupun aktiviti santai. 

Dataran Muhammad terletak dalam Zon Warisan Budaya yang menjadi lokasi tarikan pelancong di Kota Bharu. Antara yang telah lama menjadi daya tarikan di Zon Warisan Budaya ialah Bank Kerapu, Masjid Muhammadi, Istana Balai Besar, Istana Jahar dan Dataran Rehal. 

No comments:

Post a Comment