Thursday, 2 January 2020

PERABOT NGABUL JEPARA DI HALLAJ JATI CHICA


Negara Indonesia merupakan antara pengeksport perabot kayu jati terkenal. Salah satu kawasan penghasilan perabot jati terkenal di Indonesia ialah di Ngabul, Jepara, Jawa Tengah.

Perabot dihasilkan di Ngabul, Jepara memang amat berkualiti dan mempelbagai corak seni hiasan yang menarik. Ia dihasilkan oleh pakar pengukir perabot yang mahir menggunakan kayu jati yang berkualiti tinggi.

Salah satu pengimport perabot jati dari Ngabul Jepara untuk edaran di Kelantan ialah Hallaj Jati yang beroperasi di Lot 711B, Kampung Chica, Jalan Pasir Putih, 15140 Kota Bharu. 

Hallaj Jati telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu. Kedudukan kedai di tepi jalan utama Jalan Pasir Putih menjadikan ia mudah dikunjungi.

Perabot jati yang dijual di Hallaj Jati dijamin berkualiti dan harga berpatutan memandangkan pemiliknya sendiri akan ke Ngabul setiap kali pembelian dibuat dan proses pengisian di dalam kontena dilakukan dengan teliti bagi memastikan perabot yang dihantar berada dalam keadaan baik. 

Perabot di Hallaj Jati memenuhi citarasa semasa. Sebab itu ia sering menjadi pilihan peminat jati. 

Harga yang ditawarkan amat berpatutan. Menang membeli menang memakai.

No comments:

Post a Comment