Biasanya kita melihat jambatan kaca di luar
negara yang memperlihatkan pelbagai gelagat pengunjung ketika berada di atasnya.
Paling kelakar ialah mereka yang takut sehingga terketar-ketar dan tidak boleh
berjalan.
Sekarang ini di Sabah sudah ada dua jambatan
kaca. Pertamanya di Yong Farmstay, Tenom. Jambatan kaca kedua ialah di Bukit
Bungalio, Tamparuli. Tidak jauh dari Kota Kinabalu. Kedua-duanya menjadi tarikan ramai, termasuk pelancong dari luar negara. Ia menjadi produk pelancongan yang menjadikan Sabah lebih terkenal.
Suasana dengan keindahan semul jadi memukau
setiap pengunjung. Lupa seketika perasaan gayat dan takut. Layan sahaja
keindahan alam. Paling menarik pemandangan dan suasana ketika matahari
terbenam. Menikmati indahnya ciptaan Allah.
Pemandangan berada di atas jambatan kaca terasa lebih tinggi disebabkan ia di bina di cerun bukit. Ada tempat yang dijadikan anjung pandang untuk membolehkan pengunjung menerokan pemandangan lebih luas dan menjangkau kawasan yang terlindung jika berada di tempat lain.
Memang menarik dan menakjubkan. Amat sesuai bagi mereka yang suka berOOTD. Mengabadikan gambar yang tidak didapati di tempat lain.
Pengunjung ke Sabah, jangan lupa singgah dan merasai pengalaman di Jambatan Kaca Tamparuli, selain berkunjung ke Jambatan Gantung Tamparuli.
Kini Tamparuli terkenal dengan dua jambatan ikonik yang pastinya perlu dijadikan lokasi wajib singgah atau wajib kunjung.
Gambar – Media sosial.
No comments:
Post a Comment