Saturday, 10 June 2023

TERUNA DAN DARA - LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

 
Dalam satu pelayaran, sepasang kekasih, Dara dan Teruna yang telah bertunang, dengan ditemani oleh tiga orang ahli keluarga Dara telah menjadi mangsa kapal karam. Dengan ditakdirkan Allah SWT, ketiga-tiga ahli keluarga Dara telah maut. Dara bernasib baik, selamat terdampar di Pulau X dan menumpang tinggal di di rumah seorang nenek. 
 
Selepas 6 bulan berlalu, Dara mengetahui Teruna juga selamat dalam tragedi itu dan berada di Pulau Y. Justeru, Dara telah menemui Juragan A untuk mendapatkan khidmat bot bagi membolehkan dia bertemu Teruna. 
 
Juragan A mengenakan bayaran sebanyak RM200 untuk khidmat itu. Dara tidak mampu membayarnya.
 
Dara mencuba pula mendapatkan khidmat Juragan B, tetapi tidak mahu melayan permintaan Dara dengan alasan itu bukan urusannya. Dara hampa kerana hasratnya bertemu Teruna tidak tercapai.
 
Dara mengambil keputusan melakukan pelbagai pekerjaan yang termampu dilakukan, asalkan dapat mengumpul wang untuk dibayar kepada Juragan A. 
 
Akhirnya dia berjaya mengumpulkan jumlah wang itu setelah bertungkus lumus selama 6 bulan.
 
Dara berjumpa semula dengan Juragan A dan menyatakan wang yang diperlukan telah mencukupi. Juragan A bersetuju membawa Dara ke Pulau Y dan menetapkan satu syarat iaitu Dara mesti bermalam di rumahnya sebelum bertolak ke Pulau Y. 
 
Dara terpaksa memenuhi syarat itu demi untuk mencapai hasratnya bertemu dengan Teruna. Manakala itu, Juragan A dilihat telah meminum air tongkat ali bersama telur separuh masak di warung berhampiran jeti pada malam sebelum bertolak ke Pulau Y.
 
Setibanya di Pulau Y, Dara berjaya bertemu dengan Teruna. Sebelum mereka sempat berbual panjang, Juragan A telah menceritakan segala peristiwa dialami Dara di Pulau X, termasuk kesanggupan Dara bermalam di rumahnya.
 
Mendengar kisah itu, Teruna naik marah dan meninggalkan Dara. Dara cuba menjelaskan perkara sebenar, namun Teruna tidak mahu menerima penjelasan itu.  Dengan perasaan hampa dan kecewa, Dara melarikan diri ke tebing tinggi di tepi pantai.
 
Sebelum sempat bertindak di luar batasan kewarasan fikiran, Dara teringatkan mengenai nasihat gurunya mengenai syurga dan neraka serta balasan terhadap mereka yang melakukan perkara ditegah oleh agama. 
 
Dara insaf dan memahami tentang Qada dan Qadar. Dara bersyukur dia masih selamat dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
 
Menjelang subuh, datang Juragan C menghampiri tempat Dara yang sudah berada semalan di situ. Dara menceritakan pengalaman hidupnya sehingga membawa dia berada di tempat itu. 
 
Juragan C berasa simpati dan mengambil keputusan mengahwini Dara. Mereka kemudian hidup bahagia.
 
Tugasan:
1. Bincangkan nilai diri kesemua watak yang terlibat.
2. Tentukan watak yang paling buruk dan paling baik.

No comments:

Post a Comment