Setiap kita adalah pemimpin dan mesti
menjalankan tugas kepimpinan dengan penuh rasa tanggungjawab.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap daripada kamu adalah pimpin dan kamu kamu akan dipertanggungjawabkan
terhdap orang di bawah pimpinan kamu. - (Hadis
riwayat Bukhari)
Umat Islam perlu mengambil berat soal
memilih pemimpin agar tidak tersalah pilih.
Kemungkinan besar perkara ini berlaku kerana mereka mempunyai tanggapan yang
terpahat di minda bahawa kepimpinan adalah hal keduniaan semata-mata dan tidak
mempunyai hubungan dengan urusan akhirat.
Islam yang dibawa Rasulullah SAW lengkap
dan menyeluruh dalam semua aspek kehidupan, termasuk soal kepimpinan, malah
hampir seluruh ayat al-Quran mendahului ungkapan kepimpinan dengan memberi
seruan kepada orang beriman.
Justeru, jelaslah Islam sudah mencorakkan
kepimpinan sempurna yang sepatutnya diikuti dan ditauladani dalam realiti
kehidupan seharian.
Kesimpulan antara ciri-ciri pemimpin
menurut acuan Islam yang mampu mencipta keunggulan ummah seperti:
- Memiliki pembawaan dan keperibadian
berteraskan Islam iaitu seorang mesti beriman kepada Allah SWT dan bertakwa
dalam segala tindak tanduknya.
- Berkemampuan berdepan dengan segala
bentuk perubahan dan tentangan yang bakal menguji kewibawaan dan keupayaan
dalam menangani sesuatu isu dan kes serta mampu mengatasinya sebaik
mungkin.
- Mampu mempersembahkan perkhidmatan
terbaik dan berkualiti kepada orang bawahannya dengan program dan misi yang
dirancang.
- Pemimpin berkenaan mesti sentiasa ingat
kepada Allah SWT, sentiasa patuh dan tunduk kepada segala tuntutan Islam dan
tidak pernah menyeleweng daripada landasan Islam yang lurus.

No comments:
Post a Comment